Berita Semasa

Kerajaan tidak sewenang-wenangnya guna Akta Hasutan – Saifuddin Nasution

KUALA LUMPUR – Dakwaan bahawa kerajaan menggunakan Akta Hasutan 1948 (Akta 15) sewenang-wenangnya adalah tidak benar.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, hanya 94 kertas siasatan dibuka sepanjang tahun lalu.

“Faktanya tidak menunjukkan kerajaan menggunakan akta itu secara sewenang-wenangnya. Ada tiga keadaan (tahun) jumlah kes yang dibuka kertas siasatannya melebihi 100.

“Ia berlaku pada 2023 iaitu 122 kertas siasatan; 2020 sebanyak 117 kertas siasatan dan 2015 sebanyak 109 kertas siasatan.

“Jadi angkanya lebih kurang sama sahaja, maka tiadalah dikatakan (kerajaan) gunakan sewenang-wenangnya,” katanya.

Saifuddin Nasution berkata demikian ketika sesi penggulungan Usul Menjunjung Kasih Atas Titah Diraja bagi Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Dewan Rakyat, hari ini.

Pada masa sama, beliau berkata, kerajaan juga membenarkan perhimpunan dilaksanakan dengan 99 peratus daripada 7,000 notifikasi diterima pihak polis, berjalan secara aman tanpa halangan sepanjang tahun lalu.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button