Berita Semasa

Akta 852: KKM keluarkan 19,340 kompaun sejak 1 Okt tahun lalu

SUNGAI BESI – Kementerian Kesihatan (KKM) sudah mengeluarkan sebanyak 19,340 kompaun bernilai kira-kira RM4.8 juta mengikut Seksyen 47 kepada pemilik premis dan individu mengikut Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) sejak 1 Oktober tahun lalu hingga 31 Januari lalu di seluruh negara.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, sepanjang tempoh itu juga, pihaknya menjalankan 7,228 operasi membabitkan pemeriksaan ke atas 142,158 premis.

“Selain itu, sebanyak 162,229 penguatkuasaan pendidikan dilakukan sepanjang tempoh sama,” katanya pada sidang media selepas operasi penguatkuasaan bersepadu bagi Akta 852 dan Akta Makanan 1983 (Akta 281), di sini malam tadi.

KKM turut mengeluarkan sebanyak 1,430 notis kesalahan mengikut Seksyen 16 iaitu larangan merokok di kawasan larangan dalam 160 operasi di Kuala Lumpur dan Putrajaya sejak 1 Oktober tahun lalu sehingga 3 Februari lalu.

Katanya, selain itu, tiga notis juga dikeluarkan bagi kesalahan mengikut Seksyen 18.

“Dalam operasi kali ini yang dijalankan sejak 5 Februari lalu hingga hari ini (malam tadi), sebanyak 299 premis di pasar malam dan kawasan sekitarnya diperiksa dan susulan itu sebanyak 105 notis kesalahan dikeluarkan mengikut Akta 852 dan Akta 281.

“Kesalahan mengikut Akta 852 membabitkan masing-masing satu notis kesalahan mengikut Seksyen 10 dan Seksyen 12, 62 notis bagi kesalahan di bawah Seksyen 16 dan tiga notis di bawah Seksyen 18.

“Manakala kesalahan mengikut Akta 281, sebanyak 38 notis dikeluarkan bagi kesalahan mengikut Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009,” katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button