
Tarif elektrik baharu tidak akan bebankan rakyat – TPM Fadillah
KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof memberi jaminan penetapan tarif elektrik yang dicadang dilaksanakan pada 1 Julai depan tidak akan membebankan rakyat.
Jelas beliau, Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) bersama Suruhanjaya Tenaga (ST) kini sedang memuktamadkan cadangan ke atas jadual tarif baharu elektrik tersebut.
“Kementerian memberi jaminan bahawa penetapan tarif elektrik di Semenanjung dan Kulim Hi-Tech Park (KHTP) akan mengambil kira semua aspek termasuk kebajikan dan kesejahteraan rakyat.
“Hal ini bagi memastikan 85 peratus pengguna domestik di Semenanjung serta pengguna dalam kategori Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) terus kekal dilindungi,” katanya.
Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata demikian ketika sesi penggulungan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja bagi PETRA di Dewan Rakyat, di sini hari ini.
Jelas beliau, tarif baharu elektrik yang akan diumumkan itu nanti dilaksanakan dengan mengambil kira input serta pandangan pihak berkepentingan yang diperoleh menerusi sesi libat urus pada 13 Januari dan 5 Februari lepas.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |