Berita Semasa

Lembaga Pengampunan terima 342 permohonan atara 2006 hingga 2024

KUALA LUMPUR – Lembaga Pengampunan menerima permohonan daripada 342 banduan di seluruh negara supaya hukuman diringankan, ditangguh atau diberikan pengampunan penuh dari 2006 hingga 2024.

Menteri Undang-undang dan Reformasi Institusi, Datuk Seri Azalina Othman Said, berkata daripada jumlah itu, 106 banduan menerima pengampunan penuh.

“Diikuti 44 banduan yang memohon, diringankan hukuman,” katanya dalam jawapan bertulis Dewan Rakyat.

Bagaimanapun, baki 192 lagi permohonan ditolak.

Azalina berkata demikian bagi menjawab soalan Chow Yu Hui (PH-Raub) berhubung jumlah banduan yang memohon kepada Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan supaya hukuman diringankan atau digantung setakat bulan lalu.

Bagaimanapun, tiada pecahan diberikan tentang jenayah yang dilakukan banduan.

Menjawab soalan tambahan berhubung berapa lama pemohon perlu menunggu keputusan daripada Lembaga Pengampunan, Azalina berkata, ia bergantung kepada permohonan banduan dan kekerapan mesyuarat lembaga itu.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button