Berita Semasa

Jangkitan kusta: Dua kampung Orang Asli di Kuala Pilah dikuarantin

SEREMBAN – Dua perkampungan Orang Asli di Kuala Pilah, Kampung Chergun dan Guntur dikuarantin serta merta susulan satu kes kematian akibat penyakit kusta.

Menurut Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun, kes kematian itu melibatkan seorang remaja perempuan berusia 18 tahun di Kampung Chergun yang sudah mengalami demam selama seminggu, lapor Kosmo Online.

Tambahnya, terdapat sembilan penduduk berusia antara tujuh hingga 85 tahun dengan masing-masing lima orang dari Kampung Chergun dan empat lagi dari Guntur disahkan mengidap sakit kusta, 2 Januari lalu.

“Kita minta juga Jeram Tengkek yang terletak berhampiran perkampungan itu ditutup sementara waktu untuk melihat perkembangan kes kusta ini. Penyakit ini boleh merebak dan kita fikir langkah mencegah lebih baik.

“Penyakit ini sudah lama tiada dan kita sebolehnya kena kawal (kuarantin) dahulu termasuk kawasan berhampiran. Kita mahu elak orang ramai menghampiri kawasan wabak,” katanya dalam satu sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco, di sini hari ini.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kemajuan Desa, Perladangan dan Komoditi negeri, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, perkampungan berkenaan kini tidak boleh dikunjungi mana-mana pihak buat masa ini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button