Berita Semasa

Fahmi kecewa lelaki berpakaian wanita sewaktu AJL39, kerajaan akan ambil tindakan tegas

KUALA LUMPUR – Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana stesen televisyen yang melanggar sebarang garis panduan ditetapkan.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata, ini kerana keingkaran mematuhi garis panduan dan syarat-syarat lesen ditetapkan boleh mendatangkan kesan kepada pihak yang terlibat.

“Saya memberi jaminan bahawa pihak kerajaan akan mengambil tindakan yang tegas,” katanya memetik laporan Bernama hari ini.

Foto lelaki berpakaian wanita di Anugerah Juara Lagu ke-39, baru-baru ini.

Terdahulu beliau merasmikan pembukaan OCBC Premier Private Client Centre di Bangsar di sini hari ini.

Beliau yang juga jurucakap Kerajaan Madani berkata demikian sebagai mengulas isu penonton lelaki dilihat berpakaian seumpama wanita sewaktu menghadiri Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-39 yang disiarkan secara langsung Ahad lepas.

Fahmi berkata, beliau kecewa dengan perkara tersebut kerana pihak stesen televisyen berkenaan sudah sedia maklum mengenai semua garis panduan yang terpakai.

“Seharusnya pihak Media Prima lebih bertanggungjawab. Saya amat kecewa dengan mereka yang menguruskan AJL (Anugerah Juara Lagu).

“Perkara ini tidak sepatutnya berlaku. Mereka tahu dan mereka membenarkannya, ini tidak baik,” katanya.

Semalam Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee memaklumkan pihaknya akan segera mengambil tindakan berhubung isu berkenaan.

Beliau berkata JAKIM akan memanggil pihak berkaitan untuk mendapatkan penjelasan lanjut dan mengadakan sesi perbincangan secara tertutup bagi memberikan nasihat dan bimbingan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button