Bisnes & Ekonomi

Bank Rakyat peruntuk RM900,000 bagi Kempen Hulurkan Salam

PETALING JAYA – Bank Rakyat terus komited dalam menghargai pelanggan dengan meneruskan tradisi tahunan Kempen Hulurkan Salam melalui peruntukan lebih RM900,000.

Kempen sepanjang Ramadan dan Syawal itu menawarkan pelbagai ganjaran dan inisiatif bagi mengeratkan hubungan dengan pelanggan setia institusi perbankan tersebut.

Bakal berlangsung bermula 1 Mac sehingga 31 Mei depan, Kempen Hulurkan Salam menawarkan hadiah berjumlah RM370,000 termasuk kereta mewah Jaecoo J7, Proton e.MAS dan motosikal elektrik BMW CE 04.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Bank Rakyat, Ahmad Shahril Mohd Shariff berkata, ‘Hulurkan Salam’ diangkat sebagai tema Ramadan dan Syawal pada tahun ini sebagai simbolik penghargaan bank berkenaan kepada pelanggan yang setia bersama.

“Ia menawarkan peluang kepada pelanggan memenangi pelbagai ganjaran di samping menyediakan platform kepada usahawan untuk turut mengembangkan perniagaan produk dan perkhidmatan serta inisiatif Jangkauan Komuniti kepada masyarakat.

“Diharapkan semua inisiatif ini dapat mengeratkan hubungan kami dengan para pelanggan serta menggembirakan mereka,” katanya dalam satu kenyataan.

Menerusi Kempen Hulurkan Salam, Bank Rakyat turut menawarkan pelbagai rebat dan ganjaran seperti Kempen Rebat Petrol yang berlangsung dari 27 Mac sehingga 10 April 2025, yang mana pelanggan boleh menikmati diskaun lima peratus bagi pembelian petrol, diesel serta barangan runcit di stesen minyak seluruh negara.

Kempen Rebat Barangan Runcit pula menawarkan diskaun tiga peratus bagi pembelian barangan keperluan harian dari 27 Mac sehingga 3 April 2025.

Sementara itu, Kempen Rebat Emas menawarkan diskaun satu peratus bagi pembelian emas menggunakan Kad Kredit-i Bank Rakyat bermula 1 Mac sehingga 30 April 2025.

Melalui Kempen iRakyat Duit Raya pula, pelanggan yang melakukan jumlah transaksi duit raya tertinggi dari 17 Mac hingga 13 April 2025 berpeluang memenangi hadiah wang tunai sehingga RM2,000.

Bagi menyokong usahawan, Bank Rakyat bakal menghimpunkan sebanyak 100 gerai usahawan sempena Ramadan menerusi Karnival Bazar Riang Raya bertempat di Menara Kembar Bank Rakyat pada 17, 19, 20 dan 21 Mac depan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button