
Video promosi VM2026 dimuktamad hari ini – King Sing
KUALA LUMPUR – Video baharu bagi promosi Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026) akan dimuktamadkan hari ini.
Menterinya, Datuk Seri Tiong King Sing berkata, beliau sendiri akan menonton video tersebut sebelum diluluskan..
“Petang ini saya akan lihat video akhir sebab (ia) baru dimuktamadkan, jangan politikkan.
“Video promosi TMM 2026 sebelum ini, (yang tidak memuatkan paparan masjid) memaparkan bangunan diiktiraf UNESCO. Jangan salah faham,” katanya pada sesi lisan di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab soalan tambahan Nurul Amin Hamid (PN-Padang Terap) mengenai aktiviti promosi TMM 2026.
Video montaj VM2026 sebelum ini menerima kritikan hebat daripada pelbagai pihak berikutan tiada elemen masjid dipaparkan, sedangkan terdapat paparan rumah ibadat seperti gereja dan kuil.
Ahli Parlimen Bintulu daripada GPS itu sebelum ini, dilaporkan mengakui tidak berpuas hati dengan video promosi berkenaan.
Beliau turut menegaskan, tujuan utama video montaj ringkas pelancaran kempen TMM 2026 bertujuan mempromosikan pelancongan, keindahan seni, budaya dan produk pelancongan Malaysia secara keseluruhan.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |