Jenayah & Mahkamah

Op Hazard: PGA Sabah rampas e-waste bernilai RM65 juta, tahan 58 individu

KOTA KINABALU – Pasukan Gerakan Am (PGA) Sabah berjaya merampas pelbagai jenis sisa elektronik (e-waste) berjadual bernilai RM65 juta dan menahan 58 individu dalam operasi di seluruh negeri berkenaan, baru-baru ini.

Komander PGA Sabah, Datuk Abdul Rani Alias dalam satu kenyataan berkata, sebanyak 12 premis diperiksa di seluruh negeri sepanjang Op Hazard dilaksanakan.

Operasi tersebut dijalankan dengan kerjasama Jabatan Alam Sekitar (JAS) bagi mengesan pelanggaran syarat permit yang ditetapkan oleh undang-undang.

“Hasil pemeriksaan mendapati, dua premis beroperasi tanpa permit, manakala selebihnya melanggar syarat yang ditetapkan oleh JAS Sabah.

“Semua premis diperiksa atas syak wasangka melakukan kesalahan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tambah Abdul Rani, pihaknya turut berjaya menahan 14 warga asing dalam operasi tersebut, yang terdiri daripada 11 warga Indonesia dan tiga warga Filipina.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button