
Menteri Pertahanan adakan pertemuan dengan Presiden SSB Türkiye
KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin semalam mengadakan pertemuan dengan Presiden Sekretariat Indsutri Pertahanan (SSB), Prof. Dr. Haluk Görgün.
Pertemuan berlangsung semasa pameran pertahanan dan maritim, IDEX dan NAVDEX 2025 yang diadakan di Abu Dhabi.
SSB merupakan institusi di bawah Pejabat Presiden Republik Türkiye yang bertanggungjawab menguruskan industri pertahanan negara itu serta membekalkan teknologi ketenteraan.
Khaled dalam kenyataan di Facebooknya berkata, pertemuan tersebut diadakan susulan lawatan rasmi dua hari Presiden Republik Türkiye, Recep Tayyip Erdoğan ke Malaysia pada minggu lalu.
“Dalam lawatan tersebut, Kerajaan Malaysia dan Türkiye telah bertukar “Terms of Reference” sebagai panduan bagi penubuhan “Joint Working Group” untuk memantau program perolehan produk pertahanan,” katanya.
Selain itu, kerjasama dalam bidang sains, teknologi, dan industri pertahanan juga dijangka dipacu melalui inisiatif ini.
Hadir sama dalam pertemuan itu Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Datuk Mohd Nizam Jaffar.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |