
Kilang pemprosesan e-waste beroperasi tanpa lesen sah diarah tutup
KOTA TINGGI – Sebuah kilang memproses sisa e-waste di sini, diarahkan tutup serta-merta selepas didapati menyebabkan pencemaran alam sekitar melalui pembakaran terbuka dan beroperasi tanpa lesen sah.
Arahan penutupan itu dikeluarkan selepas satu operasi bersepadu yang dijalankan oleh Majlis Perbandaran Kulai (MPKU), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SW Corp) semalam.
“Notis Tutup Premis serta merta telah dikeluarkan kerana melanggar syarat lesen di bawah Undang-Undang Kecil 49 (2), Undang-Undang Kecil Pelesenan, Tred Perniagaan dan Perindustrian Majlis Perbandaran Kulai 2019.
“Notis kesalahan menjalankan apa-apa pemajuan jika Kebenaran Merancang atau kelulusan Pelan Bangunan, berkenaan dengan pemajuan itu, telah ditarik balik atas dasar kepentingan awam seperti di bawah peruntukan Seksyen 25 di bawah Akta Perancangan Bandar & Desa 1976 (Akta 172),” kata MPKU dalam satu kenyataan semalam.

Dalam kenyataan sama, MPKU berkata, satu kompaun sebanyak RM500 juga telah dikeluarkan atas kesalahan melanggar syarat-syarat lesen di bawah UUK Pelesenan Tred 2019, Undang-undang kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian Majlis Perbandaran Kulai 2019 Seksyen 13 (1).
TPada 15 Februari lalu, Jabatan Alam Sekitar juga telah mengambil tujuh sampel bagi tindakan lanjut dan kertas siasatan akan dibuka dibawah Seksyen 18 (Tiada lesen PYDT), Seksyen 34A (Tiada kelulusan laporan EIA) dan Seksyen 34B (Penempatan buangan terjadual).
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |