Berita Semasa

‘Jangan risau, datang saja daftar’ – kata Asyraf kepada keluarga pelajar MRSM yang tidak mampu

KUALA LUMPUR – Ibu bapa yang tidak mampu membuat pembayaran yuran kepada anak mereka yang mendaftar masuk ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) boleh menangguhkan pembayaran itu terlebih dahulu.

Menjelang pendaftaran MRSM esok, bagi keluarga B40 yang risau tak cukup wang untuk daftar anak, jangan risau, datang sahaja mendaftar, bayaran lain boleh ditangguhkan,” kata Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki dalam satu hantaran menerusi laman Facebooknya hari ini.

Pendaftaran pelajar baharu bagi kemasukan MRSM dijadualkan bermula pada 19 Februari ini iaitu tiga hari selepas sesi sekolah bermula.

Tarikh itu ditetapkan selepas mengambil kira maklum balas ibu bapa pada kemasukan tahun lalu.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button