Berita SemasaPolitik

Guan Eng mahu kerajaan gubal akta anti diskriminasi kaum

KUALA LUMPUR – Pengerusi DAP, Lim Guan Eng menggesa kerajaan menggubal Akta Anti Diskriminasi Kaum (ARD) bagi membendung tindakan sesetengah pihak yang sengaja mencetuskan isu perkauman di negara ini.

Dalam satu kenyataan di Facebooknya, Guan Eng berkata, akta seumpama itu penting bagi menghentikan pihak tidak bertanggungjawab yang sengaja menghasut kebencian kaum dan tindakan ekstremis yang mensasarkan mana-mana komuniti atas dasar bangsa atau latar belakang.

“ARD penting bagi menghentikan samada individu perseorangan yang tidak bertanggungjawab mahupun orang politik daripada terlibat dalam ucapan kebencian, mempamer kebencian kaum dengan apa cara sekalipun serta tindakan provokatif yang boleh memecahbelahkan rakyat Malaysia dengan menimbulkan kebencian atau layanan tidak adil terhadap sesuatu komuniti,” katanya semalam.

Beliau berkata demikian dengan merujuk insiden seorang peniaga jagung bakar yang memaparkan mesej berbaur perkauman.

Tegasnya, tindakan individu berkenaan yang mempamerkan sikap kebencian kepada kaum India secara terbuka tidak boleh dianggap sesuatu yang remeh.

“Ini adalah satu realiti yang perlu ditangani melalui tindakan penguatkuasaan dan hukuman.

“Kegagalan untuk berbuat demikian akan membawa akibat yang buruk dan jauh, yang bukan sahaja akan memecahbelahkan negara, tetapi juga akan menyebabkan keruntuhan keharmonian kaum dan agama,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button