Politik

Fadhlina Sidek wajar dikekalkan terajui Wanita PKR – Wanita Negeri Sembilan

KUALA LUMPUR – Peranan penting dan prestasi cemerlang yang ditunjukkan Ketua Wanita PKR, Fadhlina Sidek dalam memperkasakan peranan wanita mewajarkan Menteri Pendidikan itu dikekalkan menerajui sayap parti itu menjelang pemilihan PKR, Mei ini.

Ketua Wanita PKR Negeri Sembilan, Datuk Noorzunita Begum Mohd Ibrahim berkata, kepimpinan beliau terserlah apabila mampu mewujudkan sebelas inisiatif untuk wanita.

“Dalam pemilihan PKR kali ini. Ini adalah satu penanda aras PKR menjunjung prinsip demokrasi dan menghormati kepimpinan yang diangkat oleh akar umbi.

“Fadhlina wajar mempertahankan jawatan sebagai calon Ketua Wanita pusat dalam pemilihan kali ini. Insya-Allah kita akan sentiasa bersama dalam memajukan wanita sebagaimana hasrat beliau,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Noorzunita Begum berkata, antara 11 inisiatif itu ialah mewujudkan Sekolah Wanita (SWAN), Bakul Makanan Wanita (BMW), Asimilasi Struktur Asak (ASAK), Program Penerangan Wanita Madani, Program Wanita Empowerment & Resilience (POWER) dan Girls Rising Through Opportunities And Work (GROW).

Selain, inisiatif Literasi dan Kewangan Wanita (WIN), Jaringan Sokongan Wanita, Siri Wanita Akar Rumput Madani (WARM), Run To Win (R2W) dan Kasih Keluarga Madani.

“Usaha-usaha ini menunjukkan komitmen beliau dalam memperkasakan wanita PKR di Negeri Sembilan dan memastikan mereka bersedia menghadapi cabaran politik dengan ilmu dan strategi yang mantap.

“Ingatan juga buat pemimpin wanita Negeri Sembilan, yang memegang amanah, jalankan amanah dengan sebaik kerana ianya satu amannah perlu dipikul sebaiknya bukannya sekadar inginkan sesuatu yang indah untuk mendapatkan laba.

“Beliau telah berusaha untuk mengangkat suara wanita di dalam Dewan Rakyat dan menegaskan keperluan kesaksamaan gender di dalam politik di mana sekurang-kurangnya 30 peratus Ahli Parlimen Wanita. Wanita Negeri Sembilan seharusnya berani untuk mencanting cita-cita untuk mengisi ruang-ruang yang perlu.

“Contohi Ibu Reformasi kita, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang berjiwa kental. Perjuangannya tidak perlu dipertikaikan,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button