Berita SemasaDalam Negeri

Tiada DNA babi dikesan dalam ‘ham & cheese’ dijual di UM

PETALING JAYA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup mengesahkan tiada unsur DNA babi dalam semua sampel sandwic ‘ham & cheese’ yang dijual di sebuah kedai serbaneka popular di Universiti Malaya, babru-baru ini.

Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, perkara itu disahkan Jabatan Kimia selepas analisis dilakukan terhadap produk yang menggunakan logo halal tidak sah itu.

“Saya ingin sahkan walaupun kita boleh tengok daripada pendakwaan tersebut tidak ada dakwaan dibuat kerana Jabatan Kimia telahpun mengesahkan bahawa tidak ada DNA Porcine babi dalam semua sampel, semua jenis perisa tersebut,” katanya menurut Sinar Harian semalam.

Sebelum ini, Universiti Malaya mengarahkan penutupan dua premis kedai serbaneka 24 jam dalam kampusnya susulan dakwaan penemuan produk pek sandwic diragui status halal.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) turut mengesahkan ‘sandwich ham & cheese’ dijual di kedai serbaneka itu tidak mempunyai sijil pengesahan halal, kesalahan mengikut Akta Perihal Dagangan 2011 iaitu Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011.

Pada 24 Jan, syarikat pastri dan pengarah yang membekalkan 366 sandwic pelbagai jenis di sebuah kedai serbaneka di UM didakwa di dua Mahkamah Sesyen atas 12 tuduhan menggunakan logo halal palsu.

Dalam pada itu, Armizan berharap rakyat memahami pendakwaan siasatan telah dilakukan dengan telus dan ia telah dirujuk kepada pihak berautoriti.

“Maka, kita segerakan pendakwaan atas kesalahan pelanggaran kepada dua perundangan tersebut dan saya juga berharap bahawa semua pihak untuk mengambil tindakan yang serius.”

Beliau turut menekan peri penting penggunaan logo halal diperakui oleh agensi berwajib merujuk kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button