AgamaBerita Semasa

Terima hidayah selepas tiga tahun amalkan puasa

Oleh AMIR SARIFUDIN

GEORGE TOWN – Selepas tiga kali Ramadan berturut-turut menjalani amalan berpuasa, seorang pemuda beragama Buddha akhirnya memilih untuk menerima hidayah sebagai seorang Muslim.

Tang Wei Sheng yang mula berpuasa sejak tiga tahun lalu berkata, amalan berpuasa setiap kali tibanya Ramadan membuatkan dirinya tenang walaupun terpaksa berlawan dengan lapar dan dahaga.

“Memang ketika mula-mula berpuasa Ramadan, badan rasa letih tapi taklah sampai tidak boleh bekerja.

“Tetapi selepas seminggu berpuasa, saya rasa tidak ada masalah. Urusan harian bekerja berjalan seperti biasa.

“Malah pada Ramadan tahun lalu, saya hanya tinggal puasa satu hari sahaja kerana demam.

“Dari puasa Ramadan inilah, saya ambil keputusan untuk peluk Islam hari ini,’’ katanya yang bekerja di kedai kain milik ahli keluarganya.

Wei Sheng baru-baru ini melafazkan dua kalimah syahadah di hadapan sebuah restoran yang dipimpin oleh Penaung Persatuan Infaq Kebajikan Umah Takaful Pulau Pinang (IKUT), Zolkifly Md. Lazim.

IKUT merupakan pertubuhan bukan kerajaan yang membantu golongan mualaf di negeri ini.

Tang Wei Sheng

Sebaik sahaja bersyahadah di bawah program Di Ambang Ramadan anjuran IKUT, Wei Sheng terus dibawa menunaikan solat zuhur berjemaah di Masjid Titi Papan di sini.

Zolkifly turut memberi tunjuk ajar kepada Wei Sheng mengenai cara-cara mengambil wuduk.

Menjawab pertanyaan, Wei Sheng berkata, ibu bapa, kakak dan abangnya tidak menghalangnya untuk peluk Islam.

Jelas beliau, hanya ibunya yang risau kerana khuatir hubungan kekeluargaan antara anak dan ibu akan terputus selepas beliau bertukar agama.

“Saya akan sedaya upaya membuktikan dan menyakinkan ibu bahawa walaupun saya telah peluk Islam, hubungan kekeluargaan tidak akan terputus.

“Malah saya akan terus tinggal bersama ibu dan ahli keluarga lain demi untuk menjaga ibu sampai bila-bila,” katanya.

Tang Wei Sheng HENG (kiri) bersama Zolkifly Md. Lazim berdoa selepas menunaikan solat zuhur di Masjid Titi Papan, George Town, Pulau Pinang.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button