Berita Semasa

RUU wajibkan pendidikan hingga sekolah menengah dibentang Februari ini – Fadhlina

SEMENYIH – Rang Undang-Undang (RUU) Akta Pendidikan 1996 untuk mewajibkan pendidikan sehingga peringkat sekolah menengah dijangka dibentang untuk bacaan kali pertama pindaan pada sesi sidang Dewan Rakyat Februari ini.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, pihaknya kini masih mengadakan perbincangan dengan pemegang taruh bagi menjamin sokongan pindaan RUU berkenaan.

“Sekarang KPM dalam sesi libat urus untuk meminda akta tersebut dan ini komitmen kementerian melihat kepada kewajipan dasar pendidikan sekolah menengah

“Kita berharap bacaan kali pertama dapat berada dalam rangkuman sesi Parlimen kali ini, tetapi kalau tidak, maknanya sesi Parlimen yang akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas lawatan hari pertama sesi persekolahan 2025 di Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Pelangi, Semenyih di sini hari ini.

Terdahulu, Fadhlina bersama Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari melawat SK Taman Pelangi sempena hari pertama persekolahan bagi sesi 2025/2026.

Fadhlina yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal sebelum ini memaklumkan, proses semakan terhadap draf RUU tersebut telah selesai di peringkat Jabatan Peguam Negara (AGC).

Jelas Fadhlina, inisiatif itu merupakan langkah penting KPM bagi memastikan semua kanak-kanak warganegara Malaysia mendapat akses kepada pendidikan yang berkualiti.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button