
Lelaki ditahan, cuba seludup wang RM2.2 juta di Lapangan Terbang Heathrow
LONDON – Seorang lelaki warga Austria ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Heathrow ketika cuba menyeludup wang tunai berjumlah £400,000 (RM2.2 juta) yang disembunyikan dalam bagasinya.
Suspek, Broomand Nasab, 41, ditangkap oleh pihak berkuasa ketika bersiap sedia menaiki penerbangan ke Turkiye pada Rabu lalu.
Selain wang tunai dalam bagasi, polis turut menemukan kira-kira €11,000 (RM51,147) di dalam beg galasnya.
Menurut Agensi Jenayah Kebangsaan (NCA), suspek diberkas selepas Pasukan Kawalan Sempadan menemukan wang berkenaan ketika dia hendak menaiki pesawat tersebut.
“Semua wang kertas itu telah dirampas,” katanya memetik laporan Metro UK.
Nasab didakwa atas kesalahan pengubahan wang haram dan telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Uxbridge pada Jumaat lepas.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |