
KPKT bentang pindaan RUU Perkhidmatan Bomba Mac ini
KUALA LUMPUR – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan menerusi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan membentangkan Rang-Undang-Undang Perkhidmatan Bomba (Pindaan) 2025 di Parlimen pada Mac depan.
Menurut JBPM, Akta Perkhidmatan Bomba 1988 [Akta 341] merupakan suatu akta untuk membuat peruntukan yang perlu bagi JBPM berfungsi dengan berkesan dan cekap.
JBPM berkata, fokus utama pindaan kali ini adalah bagi mengatasi isu dan cabaran berkaitan pengurusan dan pengawalseliaan beberapa perkara penting, sekali gus melindungi nyawa dan harta daripada risiko kebakaran, kecemasan dan tujuan-tujuan lain yang berkaitan dengannya.
“Antara perkara yang diberi perhatian adalah Pasukan Bomba Sukarela (PBS), perunding keselamatan kebakaran, firma perunding keselamatan kebakaran, orang kompeten, dan kontraktor keselamatan kebakaran.
“Selain itu, pindaan ini juga melibatkan pengurusan kelengkapan menentang kebakaran atau pepasangan keselamatan kebakaran, penyedia latihan dan pengajar, serta pasukan bomba persendirian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Tambah kenyataan itu, pindaan terhadap Akta 341 adalah penting bagi membolehkan JBPM terus berkembang sejajar dengan hasrat kerajaan dalam usaha merakyatkan perkhidmatan kebombaan.
“Selain itu, ia juga bagi memastikan keselamatan rakyat serta kelestarian negara melalui pendekatan pelindungan nyawa dan harta daripada risiko kebakaran dan kecemasan,” katantya.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |