
Curi beg tangan berisi wang tunai RM2,500, dua warga emas direman
PASIR MAS – Dua warga emas direman selama empat hari hingga Khamis ini berhubung kecurian beg tangan mengandungi wang tunai RM2,500 di majlis perkahwinan di Kampung Tasek Berangan di sini, 1 Februari lalu.
Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Majistret Mohd Izdham Naim Che Ani bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri.
Suspek wanita berusia 61 tahun dan rakan lelakinya berusia 62 tahun yang juga pemandu teksi, ditahan semalam.
Pemeriksaan lanjut polis mendapati, suspek wanita berkenaan mempunyai sembilan rekod jenayah lampau termasuk di Terengganu, manakala suspek lelaki itu satu rekod jenayah lampau.
Kejadian kecurian pada 1 Februari itu menjadi tular apabila video kejadian dikongsikan ke media sosial.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |