Berita Semasa

Bulan Ramadan: Sesi sekolah, operasi kantin berjalan seperti biasa

SEMENYIH – Sesi persekolahan dan operasi kantin akan berjalan seperti biasa sepanjang Ramadan tahun ini.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, semua pihak boleh merujuk dan mematuhi garis panduan yang diterbitkan Kementerian Pendidikan (KPM).

“Sama (beroperasi seperti biasa). Ramadan macam biasa. Nak balik awal pun buat apa, bukan boleh buka puasa awal pun.

“Setakat ini, kita ada garis panduan. Kita minta semua untuk rujuk garis panduan tersebut. Kita ambil maklum kalau ada keperluan khas isu tertentu.

“Tapi kita minta untuk lihat garis panduan itu dan patuhi (hal) berkaitan Ramadan ini. Sama saja (dengan pengoperasian kantin),” katanya.

Fadhlina berkata demikian dalam sidang akhbar selepas meninjau hari pertama sesi persekolahan 2025/2026 di Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Pelangi Semenyih, di sini hari ini.

Hadir sama, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dan Pengarah JPN Selangor, Dr Jafri Abu.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button