Berita SemasaDalam Negeri

Tingkah laku perkauman, diskriminasi tiada tempat di negara ini – Gobind Singh Deo

KUALA LUMPUR – Tindakan rasis, kenyataan bersifat diskriminasi dan yang memecahbelahkan masyarakat tidak sepatutnya wujud dalam negara ini, kata Menteri Digital, Gobind Singh Deo.

Beliau berkata, tindakan itu bukan sahaja menyakitkan hati malah menjejaskan keharmonian kaum.

Pada masa sama, beliau menyeru supaya pemimpin komuniti dan agama serta seluruh rakyat Malaysia bersama-sama memupuk sikap keterangkuman dan saling menghormati.

“Kita perlu bekerjasama membina sebuah masyarakat di mana setiap individu dilayan dengan penuh maruah, tanpa mengira kaum, etnik atau agama,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tegas Gobind, susulan insiden terbaru melibatkan pemilik gerai yang menggunakan kata-kata kesat terhadap komuniti India mesti diambil tindakan.

Katanya, prinsip perpaduan dan hormat-menghormati harus menjadi pegangan utama dalam usaha mewujudkan Malaysia yang harmoni dan makmur untuk semua.

Dalam video tular di media sosial, seorang penjaja tepi jalan dipercayai di Kota Warisan, Sepang, meletakkan notis berbaur perkauman di gerai jualan jagungnya berbunya ‘Tiada jual sama orang keling’.

 

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button