Berita SemasaDalam Negeri

Penagihan syabu, ectasy, emphetamine meningkat 60.9 peratus

KULIM – Masalah penagihan dadah jenis syabu, ectasy dan amphetamine dalam kalangan usia 15 hingga 39 tahun meningkat sebanyak 60.9 peratus melibatkan 117,478 orang penagih baharu dikesan tahun lalu.

Selain itu, penyalahgunaan dadah jenis ganja juga dikesan antara yang mencatatkan peningkatan ketara iaitu sebanyak 63.4 peratus dengan 7,121 kes bagi tahun ini.

Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dalam kenyataan yang dikongsikan Kementerian Dalam Negeri (KDN) berkata, daripada 22,224 individu yang menamatkan Program Rawatan dan Pemulihan Dalam komuniti (RPDK), 17,652 orang berjaya mengekalkan kepulihan.

Saifuddin Nasution Ismail bercakap kepada media pada Peluncuran Kalendar Hari Antidadah 2025 di Kolej Tingkatan 6 Kulim, Padang Serai, Serai Jongget, hari ini.

“AADK telah melaksanakan langkah berkesan dengan tiga langkah utama pendidikan dan kesedaran, pengukuhan institusi kekeluargaan dan tindakan secara kolektif.

“Pencapaian itu dinilai menerusi kaedah Cure and Care Recovery Index (CCRI),” katanya dalam satu kenyataan sempena Hari AADK Bersama dengan Masyarakat Sempena Memperingati Hari Antidadah 2025 dan Peluncuran Kalendar Hari Antidadah 2025 di Kolej Tingkatan 6 Kulim, Padang Serai yang dirasmikan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail hari ini.

Turut hadir Ketua Setiausaha, Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Awang Alik bin Jeman; Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) KDN, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman; Ketua Pengarah (AADK), Datuk Ruslin Jusoh dan pengurusan tertinggi KDN.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button