Berita SemasaJenayah & Mahkamah

Pemotong rumput jumpa bom tangan di LPT2

DUNGUN – Seorang lelaki yang sedang memotong rumput di Lebuhraya Pantai Timur Dua (LPT2), dekat Bukit Besi, di sini dikejutkan dengan penemuan sebutir bom tangan, tengah hari tadi.

Ketua Polis Dungun, Deputi Superintendan Maizura Abdul Kadir, berkata pihaknya menerima panggilan pada pukul 12.50 tengah hari dari pengadu, sebelum bertindak menutup laluan di kedua-dua arah sejauh 300 meter demi keselamatan pengguna jalan raya.

“Lelaki tu pada mulanya ingatkan objek biasa, tapi bila diamati, rupa-rupanya bom tangan. Dia terus buat panggilan kecemasan.

“Polis yang tiba di lokasi terus tutup jalan dalam jarak 300 meter di kedua-dua arah untuk elak sebarang kejadian tak diingini,” katanya memetik laporan FMT.

Menurut Maizura, pihaknya kemudian menghubungi Unit Pemusnah Bom dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu.

“Unit berkenaan berjaya musnahkan bom tangan tu kira-kira pukul 4 petang,” katanya.

Tambah beliau, pihak polis kini sedang menyiasat bagaimana bom itu boleh berada di lokasi berkenaan dan cuba mengenal pasti individu yang bertanggungjawab meletakkannya di situ.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button