
Pakaian mirip istiadat tentera: Empat anggota PASKAD dipecat
KUALA LUMPUR – Empat anggota termasuk pengerusi Pertubuhan Skuad Khidmat Darat, Laut dan Udara (PASKAD) yang mengenakan pakaian mirip istiadat ketenteraan baru-bari ini dipecat daripada pertubuhan itu.
PASKAD dalam satu kenyataan di akaun Facebook rasminya memaklumkan mereka yang dipecat terdiri daripada ahli berjawatan pengerusi, ahli jawatankuasa, ahli jawatankuasa lantikan dan seorang ahli biasa.
“Keempat-empat mereka dipecat kerana dengan sengaja mencemarkan nama serta imej PASKAD, berkelakuan tidak beretika, dan melakukan tindakan yang disyaki menyalahi undang-undang Malaysia,” menurut kenyataan itu.
Setakat ini, seramai 40 individu telah diambil keterangan manakala 18 helai pakaian beserta lencana, lambang dan aksesori berkaitan telah dirampas.
Kes disiasat mengikut Seksyen 140 Kanun Keseksaan, Seksyen 50(3) Akta Pertubuhan 1966 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.
Dalam perkembangan berkaitan, PASKAD memaklumkan bahawa lebih 50 individu lain yang terlibat dalam isu itu dikenal pasti sebagai orang awam dan bukan ahli sah pertubuhan tersebut.
Pada masa sama, PASKAD mengesahkan telah mengadakan Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Sesi 2025-2027 di Kelab Golf Rahman Putra, Sungai Buloh, bagi memilih kepimpinan baharu, dengan Mohamad Mohd Isa dilantik sebagai pengerusi baharu.
Pada 31 Januari lalu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, mengesahkan bahawa tujuh individu disiasat selepas hadir ke satu majlis di Subang dengan berpakaian menyerupai istiadat ketenteraan.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |