Berita SemasaDalam Negeri

Kandungan palsu terhadap institusi Diraja: Lapan individu disiasat MCMC 

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) merakam keterangan lapan individu berkaitan kandungan dalam talian bersifat palsu dan jelik terhadap Institusi Diraja, khususnya Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja.

MCMC dalam kenyataan memaklumkan, siasatan dibuka di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588] susulan laporan yang diterima berkaitan kandungan tersebut.

Bagi membantu siasatan, lapan operasi pemeriksaan dijalankan di enam negeri iaitu Kuala Lumpur, Terengganu, Kedah, Kelantan, Perlis dan Pahang, bagi merakam keterangan individu yang terlibat.

“Hasil operasi tersebut, lapan unit telefon pintar dan lapan unit kad SIM yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes telah disita.

“Analisis forensik akan dijalankan ke atas peranti tersebut bagi mendapatkan bukti,” menurut kenyataan itu.

Sebahagian daripada lapan individu yang diambil keterangan berhubung kandungan palsu melibatkan institusi Diraja di media sosial.

Kes disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588] (sebelum pindaan), yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga satu tahun, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

MCMC turut mengingatkan orang ramai agar bertanggungjawab ketika memuat naik kandungan di media sosial dan tidak menyebarkan maklumat palsu serta berunsur kebencian yang bertentangan dengan nilai dan norma masyarakat majmuk di Malaysia.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button