
Anwar serah pada parti putuskan pertandingan dua jawatan tertinggi PKR
KUALA SELANGOR – Keputusan sama ada jawatan Presiden dan Timbalan Presiden PKR perlu dipertandingkan atau tidak diserahkan kepada parti, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurut Anwar yang juga Presiden PKR, beliau menghormati demokrasi dalam parti dan tidak mahu mencampuri urusan berkenaan menjelang pada pemilihan parti Mei depan.
“Biar mereka putuskan. Saya tidak campur. Biar demokrasi (tentukan)… yang bertanding, tak bertanding (biar) parti putuskan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan pecah tanah Program Residensi Rakyat (PRR) Harmoni Madani Bestari Jaya di sini semalam.
Terdahulu, Pengerusi Biro Antarabangsa PKR Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin dilaporkan berkata, PKR berkemungkinan tidak mempertandingkan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden pada pemilihan parti akan datang.
Cadangan itu katanya berdasarkan beberapa pandangan daripada proses rundingan dalaman yang diadakan sebelum ini.
Mengikut perlembagaan PKR, penggal akan datang adalah yang terakhir untuk Anwar selaku Presiden sekiranya memilih untuk mempertahankan jawatan tersebut.
Pada 26 Januari lepas, Setiausaha Agung PKR, Dr Fuziah Salleh dilapor berkata parti itu akan mengadakan pemilihan bagi jawatan Majlis Pimpinan Pusat (MPP), Majlis Pimpinan Wanita Pusat dan Majlis Pimpinan Angkatan Muda Keadilan Pusat bagi sesi 2025-2028 pada 24 Mei depan.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |