Berita SemasaDalam Negeri

YAPEIM salur sumbangan RM316,000 program Santuni Madani di Johor

LABIS – Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) menyalurkan sumbangan berjumlah RM316,000 dalam Majlis Santuni Madani YAPEIM membabitkan Projek Pembangunan Komuniti YAPEIM (PPKY) dan Program Sinar Lestari YAPEIM.

Majlis dirasmikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Labis, di sini hari ini.

Sejumlah RM316,000 telah disalurkan YAPEIM untuk penerima manfaat di negeri Johor.

Melalui PPKY, YAPEIM mengagihkan RM150,000 termasuk RM20,000 untuk bantuan kewangan kepada 200 pelajar, RM20,000 untuk bantuan makanan kepada 100 keluarga, RM5,000 untuk 10 keluarga yang ditimpa musibah dan RM5,000 kepada Masjid Bandar Labis.

Sebanyak RM90,000 turut diperuntukkan bagi pembaikan premis perniagaan melalui Program Sinar Lestari YAPEIM.

Selain itu, YAPEIM juga telah menyerahkan dua rumah kepada keluarga miskin eKasih di Muar dan Kulai bernilai RM166,000.

Sejak pelancarannya pada 2020, Program Sinar Lestari YAPEIM telah membiayai 293 projek bina baharu dan baik pulih rumah dengan peruntukan RM13.5 juta.

Secara keseluruhannya, sejak tahun 1985, YAPEIM telah mengagihkan RM710 juta kepada 10 juta penerima manfaat di seluruh negara dalam tiga teras utama iaitu pembangunan ekonomi/keusahawanan, bantuan pendidikan dan kebajikan masyarakat.

YAPEIM berharap program ini dapat meningkatkan kesejahteraan penerima manfaat.

Hadir sama pada majlis itu ialah Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YAPEIM, Abdul Khudus Mohd Naaim dan Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Ketua Pengarah YAPEIM, Ameer Ali Vali Mohamed.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button