
KPT perkasa masyarakat menerusi Program Pemindahan Ilmu
PANGKOR – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) terus komited dalam memperkasa dan membangunkan masyarakat melalui Program Pemindahan Ilmu (KTP) yang menghubungkan Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) dengan komuniti setempat.
Menterinya, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir berkata, program tersebut memberi fokus kepada pemindahan ilmu menerusi pertukaran idea kreatif dan inovatif, hasil penyelidikan serta kajian kepada masyarakat yang bertujuan membantu meningkatkan kemajuan dan keberdayaan masyarakat untuk berdikari.
“Segala kepakaran dan fasiliti universiti perlu dimanfaatkan sepenuhnya selaras dengan fokus utama KPT memperkasa ekonomi masyarakat melalui pendekatan baharu dalam pemindahan dan perkongsian ilmu.
“Projek ini bukan sahaja membuka peluang ekonomi baharu tetapi turut meningkatkan kesedaran masyarakat dalam usaha melindungi alam sekitar demi kelestarian ekosistem Pangkor,” katanya dalam satu kenyataan selepas merasmikan Peluncuran Program Keusahawanan Kelulut Masyarakat MADANI Pangkor di Kampung Tengah, di sini hari ini.

Majlis turut dihadiri masyarakat setempat serta wakil pelbagai agensi kerajaan.
Menurut Dr. Zambry, projek yang dikendalikan oleh Universiti Malaysia Terengganu (UMT) itu merupakan sebahagian daripada inisiatif KPT dalam menjadikan universiti sebagai pusat pemindahan ilmu yang berimpak tinggi serta memberi manfaat kepada komuniti.
“Ia seiring dengan aspirasi kita untuk menjadikan universiti sebagai pusat inovasi dan pemangkin pembangunan sosial,” katanya.
Tambah beliau, projek tersebut menekankan lima elemen utama iaitu pelaksanaan pantas, impak tinggi, kemampuan milik, kebolehpasaran dan kelestarian.

Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |