
Ekonomi Malaysia catat pertumbuhan KDNK 5.1 peratus pada 2024, atasi unjuran asal
KUALA LUMPUR – Ekonomi negara mencatat prestasi memberangsangkan dengan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 5.1 peratus pada 2024 di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pencapaian itu mengatasi unjuran asal antara 4 hingga 5 peratus malah jauh lebih tinggi berbanding pertumbuhan 3.6 peratus pada 2023.
“Lebih membanggakan, Kerajaan MADANI turut berjaya mengurangkan defisit fiskal kepada 4.1 peratus, mengatasi sasaran asal 4.3 peratus.
“Pencapaian ini membuktikan keberkesanan dasar Ekonomi MADANI dalam memperkukuh ekonomi negara dan memulihkan keyakinan pelabur,” katanya dalam kenyataan di Facebook malam ini.
Beliau berkata, pertumbuhan kukuh itu didorong oleh lonjakan pelaburan sebanyak 12 peratus, iaitu peningkatan tertinggi dalam tempoh 12 tahun.

“Eksport juga terus berkembang dengan pesat, khususnya dalam sektor elektrik dan elektronik (E&E).
“Selain itu, pemulihan sektor pelancongan serta pelaksanaan pantas projek infrastruktur utama turut menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara,” tambahnya.
Sehubungan itu, beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, kerajaan MADANI komited untuk mengekalkan momentum positif itu dan akan berusaha meningkatkan lagi prestasi ekonomi pada tahun ini demi kemakmuran rakyat.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |