Berita SemasaJenayah & Mahkamah

Dua beradik hilang selepas keluar dari rumah di Seri Kembangan

KAJANG – Dua adik beradik dilaporkan hilang selepas keluar dari kediaman pangsapuri di Taman Harmoni, Seri Kembangan dekat sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, laporan kehilangan dua beradik itu dibuat ibu mereka pada pukul 2.48 pagi semalam selepas menyedari kedua mereka tidak pulang ke rumah.

Katanya, dua beradik berkenaan dikenal pasti sebagai Nuria Syafiqah Elliana Muhammad Rizuan Sebastian berusia 15 tahun, manakala adiknya Muhammad Adam Mikhail, 10.

“Nur Syafiqah ketika kali terakhir dilihat memakai baju dan seluar tracksuit gelap dan berselipar ungu.

“Adiknya mempunyai fizikal badan kecil dan berambut pendek,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Naazron menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kedua-dua orang hilang menyalurkan maklumat dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang, Sarjan B. Karunagaran di talian 012-2449414 atau menghubungi IPD Kajang di talian 03-89114222.

 

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button