Berita SemasaPM X

SPRM: Perubahan mesti bermula dari pimpinan atas – PM Anwar

KUALA LUMPUR- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berperanan penting dalam memastikan kelangsungan dan kestabilan negara dengan mempertahankan prinsip tatakelola yang baik dan sistem yang berintegriti.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata, perubahan yang sebenar perlu dimulakan oleh pimpinan tertinggi melalui tindakan yang nyata dan amalan yang konsisten, bukan sekadar melalui kata-kata atau janji-janji semata-mata.

“SPRM adalah tonggak utama untuk mempertahankan tatakelola, sistem yang mempunyai integriti dan menyelamatkan bangsa dan negara dari keruntuhan berterusan.

“Mesti ditegaskan, perubahan mesti dari pimpinan atas dengan amalan, tindakan dan bukan hanya dengan jaminan kata-kata sahaja,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook milik beliau hari ini.

Dalam pada itu, perdana menteri berkata, tekad Kerajaan Madani adalah untuk membina sebuah negara wibawa yang bersih dan ke arah memperkasa SPRM menjadi badan bebas dan berintegriti.

Terdahulu, Perdana Menteri menghadiri Majlis Makan Malam Beristiadat SRPM 2025 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur malam tadi bagi meraikan seluruh keluarga SPRM.

Hadir sama, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button