
RUU Perkhidmatan Parlimen 2025: taklimat libatkan ahli parlimen kerajaan dan pembangkang
KUALA LUMPUR – Kerajaan meneruskan usaha memperkukuh institusi Parlimen dengan mengadakan sesi taklimat berkaitan cadangan penggubalan Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 yang dijangka dibentangkan dalam sidang kali ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, sesi pertama taklimat tersebut berlangsung petang tadi dengan penyertaan Ahli Parlimen blok kerajaan, manakala sesi seterusnya akan melibatkan wakil pembangkang.
“RUU itu bertujuan mengembalikan kebebasan perkhidmatan Parlimen agar institusi ini dapat beroperasi secara bebas, profesional dan berautonomi, selaras dengan prinsip pemisahan kuasa antara badan perundangan, eksekutif dan kehakiman,” katanya dalam satu hantaran di laman Facebook hari semalam.
Menurutnya, langkah itu merupakan sebahagian daripada iltizam politik Kerajaan Madani pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam menunaikan janji reformasi dengan memberikan autonomi kepada Parlimen.
RUU Perkhidmatan Parlimen 2025 dilihat sebagai usaha memastikan Parlimen bebas daripada pengaruh eksekutif serta memperkukuh sistem demokrasi negara.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |