
LHDN gesa orang ramai manfaatkan e-PCB Plus
CYBERJAYA – Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menggesa orang ramai untuk memanfaatkan e-PCB Plus yang telah menggabungkan semua perkhidmatan e-PCB, e-Data PCB dan e-CP39 dalam satu platform.
Menurut LHDN, perkhidmatan itu dibuka kepada majikan atau pengguna yang memilih bayaran potongan cukai bulanan (PCB) melalui kaedah e-PCB, e-Data PCB dan e-CP39 sebelum ini.
LHDN berkata, semua fungsi termasuk pendaftaran, pengemukaan data dan bayaran PCB oleh majikan telah digabungkan di e-PCB Plus serta boleh diakses menerusi portal MyTax mulai 3 Februari lau.
“Pengguna e-PCB Plus perlu log masuk menerusi MyTax dengan memilih peranan yang berkaitan sama ada majikan, wakil majikan, pentadbir PCB, individu (wakil pentadbir) untuk mengakses sistem ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sebagai panduan dan rujukan kepada pembayar cukai, manual pengguna e-PCB Plus boleh dirujuk melalui portal MyTax di https://mytax.hasil.gov.my/ dengan klik pada menu dan panduan pengguna seterusnya manual penggunaan e-PCB Plus.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |