Berita SemasaDalam Negeri

KPN pamer aksi menembak pada penutup Latihan Dalam Perkhidmatan

KUANTAN – Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Razarudin Husain mempamerkan kemahiran menembak pada Majlis Perasmian Penutup Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP): Tembak dan Fizikal bagi Pengiring Rapat Cawangan Istana, Bahagian Keselamatan Istana, Negeri Pahang di sini, semalam.

Pada majlis yang berlangsung di Briged Tenggara, Pasukan Gerakan Am (PGA) itu, Razarudin bersama hadirin turut dipertontonkan persembahan Pasukan Fight in Built Up Area (FIBUA), Briged Tenggara PGA.

Majlis disempurnakan oleh Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Ahmad Shah melalui tembakan simbolik oleh Paduka Baginda.

Sultan Pahang, Al Sultan Abdullah bergambar bersama Razarudin dan barisan tetamu kehormat serta para anggota pengiring yang berjaya menamatkan LDP.

Turut berkenan berangkat ialah Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah; Yang Amat Mulia (YAM) Tengku Panglima Raja, Brigedier Jeneral Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan YAM Tengku Panglima Perang, Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Terdahulu ketibaan Razarudin sekitar pukul 9 pagi disambut Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman bersama timbalannya, Datuk Noor Hisam Nordin dan Komander Briged Tenggara PGA, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid.

Majlis dimulakan dengan sesi taklimat latihan oleh Juruiring Polis kepada KDPB Sultan Pahang yang juga merupakan Ketua Penyelaras Latihan, DSP Romie Julias dan disusuli tayangan montaj serta beberapa demonstrasi menembak oleh para peserta LDP.

LDP: Tembak dan Fizikal bagi Pengiring Rapat Cawangan Istana itu telah berlangsung selama dua hari bermula 11 hingga 12 Februari 2025.

Majlis diteruskan dengan Titah Perasmian oleh KDPB Sultan Pahang di hadapan para jemputan dan 35 peserta yang telah menamatkan LDP dengan jayanya.

Turut hadir pada majlis itu ialah Pengelola Bijaya Diraja Utama, Mejar Jeneral Datuk Mohamed Zahari Datuk Yahya; Komander Pasukan Gerakan Udara, DCP Datuk Noor Sham Md Jani, barisan Ketua Jabatan Kontinjen Pahang dan Ketua-ketua Polis Daerah.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button