
Kerajaan akan teliti, semak semula SOSMA
PUTRAJAYA – Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) akan diteliti dan disemak semula.
Jurucakap kerajaan, Fahmi Fadzil berkata, perkara berkenaan turut dibincang dan dipersetujui oleh mesyuarat Jemaah Menteri hari ini.
“Semalam, Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) menyatakan bahawa Akta Perhimpunan Aman akan dipinda dan beberapa perkara akan dipermudah.
“Tambahan kepada itu, hari ini dalam mesyuarat Jemaah Menteri, Perdana Menteri juga telah meminta supaya Akta SOSMA diteliti dan disemak,” katanya dalam sidang akhbar mingguan, di sini hari ini.
Semalam, laporan media menyebut kerajaan bersetuju untuk meminda Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736) bagi memudahkan dan membantu pelaksanaan apa jua keputusan daripada badan atau kumpulan yang ingin mengadakan perhimpunan aman.
“Berkenaan perincian penambah baikan ini, Menteri Dalam Negeri akan tampil ke Parlimen untuk memberi kenyataan mengenai perkara tersebut.
“Tapi secara prinsipnya, ada beberapa perkara yang telah dibincangkan dan dipersetujui berkaitan dengan menambahbaik atau pun menyemak semula Akta SOSMA,” katanya lagi.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |