Berita SemasaJenayah & Mahkamah

Wanita tipu isteri Along Cham didakwa hari ini

BANDAR BARU BANGI – Seorang wanita akan didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas pertuduhan menipu wang sebanyak RM105,380 susulan penahanan pelakon dan pelawak Along Cham dalam kes dadah hujung tahun lalu.

Terdahullu, Along atau Muhammad Nizamudin Ahmad, mendakwa isterinya, Afreena Suhaimi menyeleweng wang sumbangan orang ramai berjumlah ratusan ribu ringgit.

Pelakon berusia 42 tahun itu dilaporkan berkata, wang berkenaan sepatutnya digunakan untuk membantunya sepanjang ditahan di Penjara Sungai Buloh atas dakwaan memiliki ganja.

Susulan itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, dilaporkan berkata, polis menahan suami isteri berusia lingkungan 20-an di kediaman mereka di Salak Tinggi, Sepang, pada 29 Januari.

Beliau berkata, siasatan mendapati wanita yang ditahan itu mempunyai lima rekod lampau berkaitan penipuan di empat negeri termasuk Selangor selain Sabah, Negeri Sembilan dan Kedah.

Pertuduhan hari ini akan dibuat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun, sebatan serta denda jika sabit kesalahan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button