Berita Semasa

Taska haram berleluasa, keselamatan kanak-kanak terancam – Syerleena gesa tindakan tegas

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Bukit Bendera, Syerleena Abdul Rashid menggesa kerajaan mengambil tindakan segera terhadap pusat jagaan kanak-kanak tidak berdaftar yang semakin berleluasa di negara ini.

Beliau berkata, isu tersebut semakin membimbangkan apabila banyak kes penderaan, pengabaian dan kematian kanak-kanak dilaporkan di pusat jagaan yang tidak dikawal selia.

“Kita sudah menyaksikan kes-kes menyayat hati dalam berita. Berapa banyak lagi nyawa kanak-kanak perlu melayang sebelum tindakan tegas diambil?” katanya ketika berbahas dalam sidang Dewan Rakyat, hari ini.

Menurutnya, kekurangan pusat jagaan berkualiti yang selamat dan mampu milik menyebabkan ramai ibu bapa terpaksa menghantar anak-anak mereka ke taska yang tidak berdaftar.

“Ini bukan salah ibu bapa, tetapi sistem yang gagal menyediakan kemudahan secukupnya untuk rakyat,” tegasnya.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan beberapa langkah segera termasuk menambah bilangan tadika dan taska KEMAS, memperketat penguatkuasaan terhadap pusat jagaan tidak berdaftar serta memberikan insentif kepada penjaga yang berkelayakan bagi memastikan tahap penjagaan yang lebih baik.

“Kita bercakap tentang masa depan negara. Jika kanak-kanak tidak mendapat penjagaan selamat dan berkualiti, kita sebenarnya meletakkan masa depan Malaysia dalam bahaya,” katanya lagi.

Syerleena turut mengingatkan kerajaan agar tidak menunggu tragedi berlaku sebelum bertindak.

“Jangan biarkan lebih ramai kanak-kanak menjadi mangsa akibat kelemahan sistem, tindakan tegas perlu diambil sekarang,” katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button