
Radio medium penyatuan masyarakat – Fahmi
PUTRAJAYA – Radio kekal sebagai medium penting dalam menyampaikan maklumat, hiburan dan pendidikan kepada rakyat.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil merakamkan penghargaan kepada semua petugas radio yang berusaha memastikan industri itu terus relevan.
“Terima kasih kepada semua petugas radio, baik di hadapan mahupun di belakang tabir yang sentiasa berusaha dan memberikan komitmen luar biasa.
“Semoga radio terus menjadi ejen penyatuan tanpa mengira latar belakang dan bukan pemisah antara kita,” katanya dalam hantaran di laman Facebook hari ini.
Beliau turut menekankan peranan radio dalam menyebarkan ilmu serta memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum.
“Radio juga berperanan sebagai saluran yang menyebarkan ilmu serta memupuk perpaduan dalam kalangan setiap lapisan masyarakat,” katanya lagi.
Fahmi berharap industri radio terus berkembang dan kekal relevan dalam era digital bagi memastikan penyampaian maklumat yang tepat serta berkesan kepada rakyat.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |