Berita Semasa

JPN agensi utama pelaksanaan prapendaftaran MyDigital ID

PUTRAJAYA – Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) kini memegang peranan peranan sebagai agensi utama pelaksanaan prapendaftaran MyDigital ID.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, keputusan itu dipersetujui pada Mesyuarat Majlis Ekonomi Digital dan Revolusi Perindustrian Keempat Negara (MED4IRN) yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, semalam.

Langkah ini, jelasnya adalah bagi meningkatkan kadar pendaftaran di platform berkenaan.

“Untuk mempercepatkan proses pendaftaran, mesyuarat semalam mencadangkan supaya JPN diberi peranan sebagai agensi utama dalam prapendaftaran MyDigital ID.

“Ini kerana JPN adalah pemegang data rakyat yang paling sah dan lengkap,” katanya dalam sidang akhbar selepas menyempurnakan Majlis Penyampaian Anugerah Inovasi Pendaftaran Negara, di sini hari ini.

Beliau kemudian menjelaskan, setiap rakyat Malaysia yang mencapai usia 12 tahun akan didaftarkan secara automatik untuk MyDigital ID ketika mereka mendapatkan MyKad.

Saifuddin Nasution kemudian berkata, bagi merealisasikan inisiatif berkenaan, Ketua Pengarah JPN, Badrul Hisham Alias, akan meneliti semua aspek proses kerja serta keperluan undang-undang berkaitan.

“Dari sudut pendaftaran, kita sudah ada akta berkaitan, namun pindaan terhadap Akta Pendaftaran Negara akan dibuat untuk membolehkan transaksi menggunakan MyDigital ID diperakui.

“Tujuan utama langkah ini ialah meningkatkan kadar pendaftaran MyDigital ID dan memudahkan urusan rakyat dengan aplikasi kerajaan pada masa depan,” katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button