
Hospital Kajang kini rasmi dinamakan Hospital Tengku Permaisuri Norashikin
KAJANG – Mulai hari ini, nama Hospital Kajang secara rasminya ditukar kepada Hospital Tengku Permaisuri Norashikin.
Perasmian nama baharu itu diadakan pada majlis yang disempurnakan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Turut berkenan berangkat ke majis berkenaan, Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin.
Majlis sama turut menyaksikan perasmian Pusat Rawatan Wanita dan Kanak-Kanak (WCC) hospital berkenaan yang mula beroperasi pada 7 Okt tahun lepas, lapor BERNAMA.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dalam sembah ucapannya berkata, Hospital Tengku Permaisuri Norashikin ialah hospital pakar yang mampu menerima lebih 28,000 pesakit setiap tahun.

Hospital itu kini tampil sebagai satu daripada hospital pakar utama yang dilengkapi kemudahan moden dan menawarkan 17 perkhidmatan kepakaran.
“Hospital ini berada dalam Program Hospital Kluster Lembah Klang Keempat yang dipimpin oleh Hospital Sultan Idris Shah, Serdang sebagai Lead Cluster Hospital. Ia memperoleh perkhidmatan pakar melalui lawatan pakar perubatan secara berkala dan perkongsian sumber sekali gus meningkatkan kualiti rawatan kepada pesakit,” kata Dr Dzulkefly, hari ini.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |