Berita Semasa

Sabtu terakhir September setiap tahun diisytihar Hari Cuci Malaysia – Kor Ming

PUTRAJAYA – Hari Sabtu terakhir pada September setiap tahun diisytihar sebagai Hari Cuci Malaysia.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming berkata, perkara itu dicapai dalam mesyuarat Jemaah Menteri semalam bertujuan meningkatkan kesedaran rakyat terhadap kebersihan awam.

“Malaysia telah menjadi antara destinasi pelancongan pilihan utama.

“Melalui inisiatif ini, kita berhasrat untuk menaikkan lagi imej Malaysia sebagai negara yang bersih, indah dan aman supaya kita dapat terus menawan hati pelancong dari seluruh dunia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya Hari Cuci Malaysia akan dilaksanakan secara besar-besaran dengan pendekatan pelbagai lapisan masyarakat.

“Untuk tahun ini, acara tersebut dijadualkan berlangsung pada 27 September kelak,” katanya.

Menurutnya, KPKT menyasarkan untuk mencatatkan 100,000 peserta dan turut melibatkan murid sekolah melalui kerjasama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button