
Jabatan, agensi tiada garis panduan mengenai aktiviti berunsur keagamaan – Menteri Perpaduan
KUALA LUMPUR – Tiada sebarang garis panduan diwujudkan bagi jabatan dan agensi kerajaan mengenai aktiviti yang melibatkan unsur keagamaan.
Menteri Perpaduan, Datuk Aaron Ago Dagang sebaliknya berkata, beberapa pendekatan diambil antaranya melalui pelaksanaan program untuk merapatkan jurang sosial antara rakyat Malaysia, sekali gus meraikan kepelbagaian budaya, adat resam, perayaan dan warisan.
“Segala pelaksanaan program dan inisiatif adalah berdasarkan tiga objektif yang digariskan dalam Dasar Perpaduan Negara iaitu mengukuhkan perpaduan, membentuk identiti nasional dan melahirkan rakyat Malaysia yang menghargai dan mengamalkan perpaduan.
“Bagi tahun 2025 Kementerian Perpaduan Negara telah mengangkat konsep Negara Bangsa dan tema Harmoni dalam Kepelbagaian sebagai fokus utama.
“Hala tuju tahun ini direncanakan melalui pelaksanaan empat ikhtiar utama iaitu Ekosistem Perpaduan, Inisiatif Harmoni Madani, Eksplorasi Rukun Negara dan Komuniti Sosiobudaya,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.
Aaron berkata demikian bagi menjawab soalan Dr Halimah Ali (PN-Kapar) sama ada Kementerian Perpaduan Negara (KPN) mempunyai garis panduan untuk jabatan dan agensi kerajaan mengenai aktiviti yang melibatkan unsur keagamaan dan boleh mencetuskan ketegangan antara kaum.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |