Berita SemasaHiburan

Zamarul Hisham kembali pulih, keluar dari ICU

KUALA LUMPUR – Selepas hampir seminggu dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah pusat perubatan di Sunway, di sini, pelakon Zamarul Hisham hari ini dipindahkan ke wad biasa.

Perkembangan terbaharu itu dikongsikan isternya, Diana Rafar hari ini melalui satu hantaran di Instagramnya.

Diana berkata, suaminya sebelum ini dirawat di unit ICU, Unit Rawatan Koronari (CCU) dan Unit Dependensi Tinggi (HDU) selepas mengalami serangan jantung.

Zamarul dimasukkan ke Hospital Port Dickson, Negeri Sembilan pada awal pagi Rabu lalu selepas mengalami sesak nafas.

“Alhamdulillah syukur atas yang Maha Esa, abang (suami) sudah keluar dari ICU, HDU, CCU. Berkat doa orang ramai dipermudahkan urusan kami.

” Diana nak ucapkan terima kasih banyak-banyak pada followers2 peminat abang, memang terharu sangat. Rakan-rakan artis yang tak putus-putus call , wartawan, director.

“Family yang sangat prihatin. Abang suruh sampaikan salam, dia kata sayang korang semua,” katanya dalam hantaran Instagram kira-kira pukul 1 petang tadi.

 

 

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button