
Rakyat Palestin tiada hak untuk pulang – Trump
NEW YORK – Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump menegaskan dua juta rakyat Palestin tidak akan dibenarkan kembali ke Gaza di bawah pelan pembangunannya.
Beliau berkata, pembinaan penempatan tetap bagi rakyat Palestin akan disediakan dengan kemudahan lebih baik kerana Gaza sudah tidak boleh didiami atas faktor keselamatan.
“Mereka tidak akan kembali kerana mereka akan mendapat perumahan yang jauh lebih baik,” kata Trump dalam wawancara di Fox News.
Minggu lalu, Trump menyatakan hasratnya agar AS mengambil alih Gaza dan membangunkannya sebagai “Riviera Timur Tengah.”
Usaha itu dilihat sebagai langkah ‘pengusiran’ rakyat Palestin ke negara-negara jiran seperti Mesir dan Jordan.
Cadangan itu menerima tentangan hebat daripada beberapa negara seperti Mesir, Jordan, Emiriah Arab Bersatu dan Qatar malah disifatkan sebagai pembersihan etnik yang mencabuli hak rakyat Palestin.
Sebagai tindak balas, Mesir mengumumkan sidang kemuncak Arab kecemasan pada 27 Februari bagi membincangkan isu ini.
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, António Guterres turut mengkritik rancangan Trump.
Rancangan itu turut menimbulkan kebimbangan mendalam di kalangan masyarakat antarabangsa mengenai hak asasi manusia dan masa depan penduduk Palestin yang terlibat.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |