
Pukul anak hingga cedera, wanita direman enam hari
ARAU – Seorang wanita yang didakwa memukul dan mecederakan anaknya di hadapan sebuah pasar raya di Jejawi, di sini direman enam hari sehingga Ahad ini.
Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Ana Rozana Mohd Nor di Kompleks Mahkamah Kangar sekitar pukul 9.33 pagi tadi.
Suspek, 38, yang bekerja sebagai pekerja kantin itu ditahan di sebuah bilik sewa sebuah rumah di Mata Ayer sekitar pukul 11.30 malam, malam tadi.
Penahanan suspek susulan penularan satu video kamera litar tertutup (CCTV) yang menunjukkan suspek beberapa kali menampar anaknya sehingga cedera selepas tersungkur dan mengenai bucu bangku yang terdapat di hadapan pasar raya itu.
Ketua Polis Daerah Arau, Superitendan Ahmad Mohsin Md Rodi berkata, kejadian dipercayai berlaku sekitar pukul 8 malam, kelmarin.
Mangsa yang berusia lima tahun difahamkan mengalami luka di bahagian kening sebelah kanan dan sudah pun menerima rawatan susulan selepas kejadian.
“Selain mangsa, suspek mempunyai seorang lagi anak perempuan berusia dua tahun,” katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.
Sementara itu, kanak-kanak malang itu kini difahamkan sudah pun diselamatkan dan ditempatkan di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |