
Erdogan dianugerah Ijazah Kehormat Doktor Hubungan Antarabangsa UM
PUTRAJAYA – Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Hubungan Antarabangsa Universiti Malaya (UM) oleh Canselornya, Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.
Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, penganugerahan itu cukup bermakna dan melambangkang penghormatan Malaysia terhadap peranan dan kepemimpinan hebat Erdogan di pentas antarabangsa, terutamanya membabitkan dunia Islam.
“Keberanian dan ketegasan Presiden ErdoÄŸan dalam memperjuangkan keadilan buat Palestin wajar diteladani pimpinan Islam dan dunia.
“Di samping keupayaan beliau ekonomi memimpin penstrukturan semula dan kebangkitan ekonomi Turkiye,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook semalam.
Dalam pada itu, Anwar yang juga Menteri Kewangan berharap agar penganugerahan itu menjadi simbol persahabatan erat yang berkekalan antara Malaysia dan Turkiye.
Presiden Turkiye itu kini mengadakan lawatan kerja dua hari ke Malaysia bermula hari semalam.
Istiadat sambutan rasmi sempena lawatannya akan diadakan hari ini di Bangunan Perdana Putra disusuli pertemuan empat mata antara beliau dan Anwar serta mesyuarat dua hala antara Malaysia dan delegasi dari Turkiye.
Usai pertemuan dan mesyuarat dua hala, Erdogan dan Anwar dijadual menghadiri Majlis Pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU), sebelum kedua-dua pemimpin mengadakan sidang media bersama.
Mengakhiri lawatannya, Erdogan akan menghadiri Forum Perniagaan berlangsung di PICC.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |