Pemilihan PKR: Saifuddin Nasution berteka-teki, bakal cabar Rafizi?
PUTRAJAYA – Bekas Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail masih berteka-teki mengenai jawatan yang bakal ditandinginya dalam Pemilihan PKR akan datang.
“Saya akan istikharah dulu lah (tanding mana-mana jawatan). Ada cadangan? Tanding jawatan Presiden?,” katanya ketika ditanya pemberita selepas Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri di sini hari ini.
Jawapan itu mencetuskan spekulasi sama ada Saifuddin bakal mencabar penyandang Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Rafizi Ramli yang menewaskannya dalam pemilihan parti pada 2022.
Setiausaha Agung PKR, Fuziah Salleh berkata, pemilihan parti akan diadakan pada 24 Mei bagi memilih kepimpinan Majlis Pimpinan Pusat (MPP), Majlis Pimpinan Wanita Pusat (MPWP) dan Majlis Pimpinan Angkatan Muda Keadilan Pusat (MPAMKP).
Sementara itu, pemilihan peringkat cabang, Wanita Cabang dan Angkatan Muda Keadilan Cabang akan berlangsung dari 11 hingga 20 April.
“Pencalonan bagi jawatan Ahli Jawatankuasa Cabang, Wanita Cabang dan Angkatan Muda Keadilan Cabang akan dibuka pada 14 hingga 16 Mac, manakala pencalonan bagi MPP, MPWP dan MPAMKP pula pada 3 hingga 4 Mei,” katanya lagi.
Setakat ini, masih belum jelas sama ada Saifuddin akan kembali mencabar Rafizi atau menyasarkan jawatan lain dalam kepimpinan PKR.
Pemilihan kali ini dijangka menjadi medan penting dalam menentukan hala tuju parti itu menjelang Pilihan Raya Umum akan datang.

Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |