
KPN perkukuh perpaduan, tubuh JPIP tangani isu sensitif
KUALA LUMPUR – Kementerian Perpaduan Negara (KPN) menubuhkan Jawatankuasa Pengurusan Isu Perpaduan (JPIP) bagi memperkukuh usaha menangani isu sensitif berkaitan perpaduan serta memastikan keharmonian masyarakat terus terpelihara.
Menteri Perpaduan, Aaron Ago Dagang berkata, JPIP akan berperanan sebagai badan pemantau bagi meneliti setiap insiden yang boleh menjejaskan perpaduan serta memberi maklum balas pantas kepada rakyat.
“KPN komited memastikan setiap isu perpaduan ditangani dengan teliti dan berkesan. JPIP akan membantu kerajaan bertindak lebih cepat serta mengelakkan sebarang ketegangan yang boleh menggugat keharmonian negara,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Beliau berkata, jawatankuasa itu dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha KPN, Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad dan turut dianggotai wakil daripada pelbagai kementerian serta agensi berkaitan.
JPIP dibarisi wakil Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Dalam Negeri (KDN), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Komunikasi (KKOM), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).
Turut serta, wakil daripada Kementerian Pendidikan (KPM), Pusat Serantau Asia Tenggara bagi Mencegah Keganasan (SEARCCT), Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) serta beberapa ahli akademik.
Menurut Aaron, pembentukan JPIP mencerminkan kesungguhan kerajaan dalam memastikan perpaduan kekal utuh, seiring dengan aspirasi Malaysia Madani.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |