Berita SemasaDalam Negeri

36 pegawai kanan PDRM bertukar berkuat kuasa 10 Mac

KUALA LUMPUR – Seramai 36 pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) terbabit dalam pertukaran jawatan yang berkuat kuasa 10 Mac ini.

Setiausaha PDRM, Datuk Kamaruzaman Abdullah, berkata, pertukaran itu menyaksikan Timbalan Ketua Polis Pahang, Datuk Noor Hisam Nordin dilantik sebagai Ketua Polis Perak, dengan memangku pangkat Komisioner Polis (CP).

Turut bertukar, Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Ibrahim Darus yang kini menjawat jawatan Timbalan Pengarah Cawangan Khas II Bukit Aman, juga memangku pangkat CP.

Sementara itu, Ketua Lesen Pasukan Urus Setia Ketua Polis Negara (KPN) (Lesen Senjata Api) Bukit Aman, Datuk Dzulkhairi Mukhtar, dilantik sebagai Ketua Polis Melaka dengan memangku pangkat Deputi Komisioner Polis (DCP).

“Ketua Cawangan Khas Pahang, Datuk Mohammad Shaharul Md Osman, pula dinaikkan pangkat sebagai Ketua Penolong Pengarah E2 Cawangan Khas Bukit Aman,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook hari ini.

Selain itu, beberapa pegawai lain turut terbabit dalam pertukaran termasuk Penolong Pengarah E3A Cawangan Khas Bukit Aman, SAC Azhar Sepawi, yang kini menjawat jawatan Ketua Penolong Pengarah E6 Cawangan Khas Bukit Aman.

Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Perjawatan) Bahagian Perkhidmatan/Perjawatan Jabatan Pengurusan Bukit Aman, SAC Mohd Zaini Abu Hassan, pula dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Selangor.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Hilir Perak, ACP Ahmad Adnan Basri, dilantik sebagai Ketua Pusat Pengajian Sains Pengurusan Krisis dan Bencana Maktab PDRM Kuala Lumpur, manakala Timbalan Ketua Cawangan Khas Risikan dan Operasi Sarawak, ACP Yuszida Basria, kini menjawat jawatan Pengarah Bahagian Risikan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia.

“Pertukaran ini juga membabitkan Penolong Pengarah (D7) Pencegahan Judi dan Maksiat JSJ Bukit Aman, ACP Muhamad Riduan Manap, yang dilantik sebagai Ketua Penolong Pengarah (D9) Siasatan Khas/Jenayah Terancang JSJ Bukit Aman dengan memangku pangkat SAC,” katanya.

Ketua Polis Daerah Tapah, Perak, Supt Mohd Naim Asnawi, pula dilantik sebagai Penolong Pengarah (D7) Pencegahan Judi/Maksiat/Gangsterism JSJ Bukit Aman dengan memangku pangkat ACP.

Menurut Kamaruzaman, pertukaran ini adalah sebahagian daripada usaha penyusunan semula bagi memperkukuh struktur dan kepimpinan dalam pasukan keselamatan negara.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button